Tutorial Membuat Topi Kait (Mickey Fareh Hat)

Hari ini saya ingin berkongsi satu tutorial membuat topi kait untuk kanak-kanak. Saiz yang tunjukkan di dalam tutorial ini adalah untuk bayi 3 bulan – 12 bulan, bergantung kepada saiz bayi anda. Today I would like to share a tutorial of how to knit a hat for babies/kids. The size shown in this tutorial is for baby age 3 m – 12m, depending on your baby’s size.

Keperluan untuk mengait topi kait Mickey Fare ini:
What you need to knit this Mickey Fare hat:

1. Sepasang jarum knitting / kait dua saiz 4.5mm
Pair of knitting needles size 4.5mm

2. Sebuku benang yang bersesuaian.
1 ball of suitable yarn (e.g: DK/Aran)

3. Jarum kait satu saiz 4.omm
Crochet hook size 4.0mm (for finishing)

CARA MENGAIT - How to make 

1. Cast On atau buat mata asas sebanyak 30 mata.
Cast-on 30 stitches

2. Baris pertama, K2 P2 – iaitu Knit 2 mata, Purl 2 mata, dan ulang sehingga habis sebaris.
Row 1: K2 P2 (ribbing) till end

3. Baris kedua, P2 K2 – Purl 2 mata, Knit 2 mata sehingga habis sebaris.
Row 2: P2 K2 till end

4. Ulangi Baris pertama dan kedua sehingga menjadi 3.5cm. Pattern ini membentuk ribbing.
Repeat Row 1 & Row 2 till measures 3.5cm.

5. Setelah mencapai 3.5 cm, di bahagian hadapan (the right side), Knit setiap mata sehingga habis sebaris.
After reaching 3.5mm, at the right side, knit 1 row.

6. Baris seterusnya, Purl setiap mata sehingga habis sebaris.
Next row, purl 1 row.

7. Ulangi Knit semula, dan baris seterusnya Purl. Ulang langkah ini sehingga panjang mencecah 22 cm.
Repeat step 5 & 6 (knit & purl) row by row until it measures 22 cm.

8. Setelah mencapai 22 cm, di bahagian hadapan (the right side), K2 P2 semula seperti step No. 2.
After reaching 22 cm, at the right side, K2P2 (ribbing) as step no. 2.

9. Baris seterusnya, P2 K2 seperti step No. 3.
Next row, P2 K2 as step No. 3.

10. Ulangi sehingga menjadi 3.5cm dan kemudian Bind Off/matikan mata kaitan.
Repeat this ribbing until it measures 3.5mm and bind off.

Step seterusnya, lipat dua dan cantumkan kiri dan kanan. Jika anda menggunakan jarum biasa, saya sarankan agar anda menggunakan teknik jahitan backstitch untuk kemasan tepi yang dicantum. Saya menggunakan jarum kait saiz 4.0mm.
Next step, fold into 2 and combine the left and the right side. If you are using tapestry needle, I suggest you to do back-stitch to combine the edges. For this tutorial, I am using 4.0mm hook (please refer below picture).

Setelah dicantum kedua-dua bahagian, buat dua biji pompom. (Klik di sini untuk cara membuat PomPom – gaya tassle)
After combining both edges, make two pompoms. (Click here to see how to make PomPom – tassled style)

Pasangkan pompom di kedua-dua bahagian hujung topi.
Attach the pompoms at both sides (as shown below).

Yippie! Sudah siap satu topi Mickey Fare!
Yippie! One Mickey Fare Hat is done!

Untuk saiz yang lebih besar, tambah mata kaitan sewaktu membuat tapak asas/Cast On. Anda boleh juga menggunakan saiz jarum yang lebih kecil untuk hasil yang lebih kecil.
To make a bigger size, add more stitches when you make the cast-on. Or you may simply change your needle to smaller size for smaller result.

Mudah bukan? Selamat mencuba saya ucapkan buat semua knitter – khasnya beginner!
So easy, isn’t it? Have a try and goodluck – specially for beginner!

-preparation and pattern by AyzaStudyo.Com-

babyhat@ ayzastudyo.com

* Buy quality and great yarns here: https://www.etsy.com/shop/AyzaStudyo

16 comments

  1. zie says:

    haih.. nampak menarik la knitting ni kak Ayza.. teringin plak rasanya.. bila berkesempatan nak belajarlah..! cast-on pn tak reti ni :grin:

  2. zie says:

    thanks kak Ayza..! mmg nmpk senang lah! :wink: tp, belum cuba lagi. belum cuba belum tahu kan? hehe.. i’ll attempt them after finished my examsss insyaAllah. huhu

  3. nor says:

    Salam,Ayza.Kalau tak ada jarum saiz 5,tapi ada jarum saiz 3mm dan 4 mm,yg mana sesuai?apa yg akan jadi kalau buat saiz yg saya maksudkan?ada perubahan ke perlu dibuat pd cast on,terima kasih.

  4. AyzaStudyo says:

    Selam Nor,
    Alright kalau tak ada jarum saiz 5.0mm, guna saiz 4.0mm. Topi akan jadi sedikit kecil tapi rasanya tidak begitu ketara. Jika Nor mahu, boleh tambah 2 lagi mata semasa cast on, jadikan 32 mata semuanya dan kemudian ikut pattern seperti biasa. Jika saiz kepala baby kecil, boleh kurangkan mata kaitan (24/26/28 mata), ikut kesesuaian.

    Saya tidak pasti jenis benang yang Nor sedang gunakan sekarang, kerana beza jarum dan beza benang, saiz juga akan beza. Barangkali Nor boleh cuba tips ini: Ukurlilit kepala baby dan bahagi 2, e.g: 12″/2 = 6″. Jadi Nor cast on hingga capai 6 inches tadi. Boleh tambah setengah inci lagi untuk basi kiri/kanan sewaktu mencantum. Then Nor buat ribbing 2×2 (2 Knit, 2 Purl) dan ikut pattern seperti di atas. So dengan cara ini Nor akan dapat exact size, tidak kira guna jarum apa dan benang apa.

    Selamat mencuba, Nor! ;)

  5. Lina says:

    kak Ayza,
    Klau kite nk cmpur2 color benang macam mna ye, boleh ke?ke boleh apply utk crochet saja?lepas tu saya tak faham macam mana nk sambungkan lepas dah kait?sorryla ye kak ayza, saya mmg
    takde basic langsung tp sgt berminat sebab tgk hasilnya cantik.

  6. AyzaStudyo says:

    Selam Lina,

    Boleh, baik crochet mahupun knitting, dua-dua boleh bercampur warna. Ada banyak jenis cara untuk campur-campur colour benang:-
    1) Ini untuk campur secara random – http://youtu.be/nZMrDB2g97s
    2) Ini jika bercampur row by row – http://youtu.be/WekMSvRvR1s
    3) Atau jenis ini, yang dipanggil double knitting, juga bercampur warna dan boleh diguna di kedua2 belah muka/bhg: http://youtu.be/m8wbRvveTGQ

    Jika ada apa-apa boleh e-mel Kak Ayza di mengait@gmail.com ya. Terima kasih Lina :)

Leave a Reply