Tag: Jual Benang Kait’

Alize Diva Batik 2

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Alize Diva Batik Yarns

Kandungan: 100% Microfiber Acrylic
Panjang: 350 meter
Berat: 100g
Saiz jarum yang dicadangkan: 2.5mm – 3.5mm

Terdapat 20 jenis warna semuanya. Lawati laman web benang kait kami di / Visit our yarns website at
www.mengait.com 

***
Knitting, Crocheting & Crafting with loves,
-Ayza Gursoy 

Benang Kait Cotton

 - by AyzaStudyo

Sale benang kait Nomade Cotton di BenangKait.Com! Don’t miss it! :D

Deskripsi Benang Cotton Nomade ini adalah:-

  • Panjang benang: 125 meter
  • Berat: 50 gram
  • Jenis benang: 100% Cotton asli
  • Saiz jarum knitting (jarum kait dua) yang dicadangkan: 4mm

Tips: Bagi anda yang mempunyai projek untuk membuat baju, sweater atau apa saja, pastikan anda memesan dalam jumlah yang mencukupi! ;)

promo@ ayzastudyo.com

Benang Kait di Mengait.Com!

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Apa khabar hari ini? Saya doakan semoga semua pengunjung AyzaStudyo.Com dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan ceria hari ini, InshaAllah.

Laman Web Mengait.Com – www.mengait.com

Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya telah mengemaskini laman web Mengait.Com dan kini anda semua boleh mendapatkan benang-benang kait dalam kuantiti yang dikehendaki – tidak kira hendak beli sebuku atau beberapa buku- di Mengait.Com.

Ramai yang bertanya kepada saya,

“Ayza, ada jual sebuku-sebuku tak?”

“Ayza, kalau beli sebuku-sebuku dan campur-campur warna, boleh tak?”

“Ayza, saya nak guna sebuku benang saja, boleh tak kalau tak beli satu lot di BenangKait.Com?”

“Ayza, saya nak campur-campur warna dalam satu paket, boleh?”

“Ayza, saya nak buat projek kecil je.. nak sangat benang ni, tapi boleh beli sikit-sikit tak?”

Dan banyak lagi soalan yang bertanyakan soalan tentang membeli benang dalam kuantiti yang sedikit.

Semasa pulang ke Malaysia tempohari, saya membawa banyak benang yang dikirim oleh beberapa kenalan termasuk pelanggan-pelanggan BenangKait.Com, dan benang-benang ini adalah bercampur-campur. Pada hari akhir saya di Melaka, masih ada pelanggan yang menghubungi saya bertanyakan benang-benang kait..

Di Mengait.Com, disediakan jenis-jenis benang yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas & lembap sepanjang tahun, dan kebanyakannya adalah jenis benang kait cotton, viscose, akrilik, ada yang campuran polyamide, nylon dan juga mikrofiber. Semua jenis benang kait ini adalah tidak panas, menyerap peluh dan sangat selesa untuk dipakai jika dikait sebagai pakaian dan aksesori.

Ada juga jenis-jenis benang fancy untuk digabungkan dalam projek-projek mengait disediakan.

“Ayza ada jual jarum kait tak?”

Ada. Akan saya masukkan ke laman web Mengait.Com dalam masa terdekat ini. Saya sudah mempunyai pembekal yang membekalkan jarum kait besi yang berwarna warni, jarum kait untuk mengait stoking (yang dipanggil DPNs – Double Pointed Needles), dan bebera jenis lagi yang bakal dimasukkan ke Mengait.Com

BEZA BENANGKAIT.COM DAN MENGAIT.COM

Di BenangKait.Com – anda boleh mendapatkan begitu banyak jenis benang kait, tidak kira jenis yang Wool, Cotton dan banyak jenis lagi. Benang kait di BenangKait.Com dijual secara borong dengan harga yang sangat rendah (biasanya benang-benang untuk kualiti yang sama dijual dengan harga yang tinggi), dan ia dijual secara bulk. Bagi yang ingin menjalankan perniagaan benang, boleh mendapatkannya di BenangKait.Com, atau bagi Crafters yang mengait dalam jumlah yang banyak seperti membuat baju kanak-kanak, kasut kait kanak-kanak dan apa sahaja aksesori, adalah sangat jimat untuk membeli benang kait di BenangKait.Com!

Di Mengait.Com – bagi anda yang ingin membuat projek-projek kecil seperti aksesori atau satu set pakaian baby, atau beg atau apa sahaja yang tidak memerlukan benang yang banyak, boleh mendapatkannya di sini. Di Mengait.Com benang-benang dijual secara berasingan, sebuku-sebuku dan warna boleh bercampur-campur. Di sini juga anda dapat berjimat kerana tidak perlu membeli satu-satu warna secara bulk. Anda juga bebas mencampurkan seberapa banyak warna, jenis benang dan boleh memesan jarum kait atau peralatan mengait dalam satu pesanan.

Semoga ini dapat membantu anda semua dalam proses mendapatkan keperluan untuk mengait atau apa-apa kraf yang berasaskan benang, dan KINI mempunyai DUA option, iaitu:-

1. Membeli benang kait secara borong di BenangKait.Com

2. Membeli benang kait dan peralatan mengait dalam jumlah yang kecil dan bercampur-campur warna di Mengait.Com

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan jenis benang, boleh terus menulis kepada saya di mengait@gmail.com atau ayzastudyo@gmail.com.

Salam Isnin buat semua!

Best regards,
-Ayza Gursoy

promo@ AyzaStudyo.Com

 

Benang Kait Cotton – SALE

 - by AyzaStudyo

Detail tentang benang kait Cotton Elite:

Price Per Lot : HANYA RM26.33/0.400 kg.Each package (8 buku benang kait cotton dalam satu paket)
Category : Home PageYarns for Summer: Linen-Bamboo-Viscose-CottonCotton Elite
Color : Pink
Weight : 50 gr. Ruffly. 400 gr. Each package
Length : 320 m. Ruffly. 2560 m. Each package
Fiber Content : 75% Cotton, 25% Elite Polyester
Needle Size : 3 mm / US 3
Washing Insruction : Hand Wash at 30ºC / 86ºF, lay flat to dry.

Untuk melihat benang ini, click pada gambar untuk direct kepada website BenangKait.Com.

Nota: Benang kait cotton diperbuat daripada gentian kapas yang mana ia sangat sesuai digunakan untuk negara bercuaca panas dan sejuk sederhana seperti negara kita Malaysia. Saya sering diajukan soalan tentang jenis-jenis benang yang sesuai dipakai di Malaysia, dan benang kait cotton adalah antara yang terbaik. Untuk benang Cotton Elite ini, kandungan fiber diperbuat daripada 75% kapas dan 25% elite polyester.

promo-benang@ ayzastudyo.com

Benang Kait Satu/Crochet

 - by AyzaStudyo

Bagi anda yang berminat mengait jarum 1 atau crochet, kini BenangKait.Com menambah satu lagi produk untuk benang-benang crochet yang halus, sesuai untuk dikait sebagai alas meja, lace, bookmark dan sebagainya. Jom lihat contoh benang ini:


Description
Price Per Lot / Harga Per Lot :
RM29.34/0.300 kg.Each package
Category : Home Page > Crochet – Needlepoint > Tulip
Weight / Berat : 50 gr. Ruffly. 300 gr. Each package
Length / Panjang : 250 m. Ruffly. 1500 m. Each package
Fiber Content / Kandungan benang : 100% Microfiber
Needle Size / Saiz Jarum : Hook: B1 2.5 mm
Washing Insruction / Arahan cucian : Hand Wash at 30ºC / 86ºF, lay flat to dry.

Terdapat 59 warna pilihan..

Satu lot/pakej mengandungi 6 buku benang

Jom layari website BenangKait.Com hari ini atau click link untuk melihat jenis benang-benang kait crochet: http://benangkait.com/?cat=4370

Jika anda mempunyai persoalan tentang benang, e-mel saya di ayzastudyo@gmail.com atau mengait@gmail.com.

Terima kasih dan salam mengait buat semua!

promo-benangkait @ayzastudyo.com

Kedai Benang Kait Online – Updated

 - by Ayza Gursoy

Salam knitters,

Minggu ini saya sedang menyiapkan kedai benang kait online saya, dan InshaAllah hujung minggu depan saya harap ianya sudah boleh berfungsi sepenuhnya.

Di kedai benang online ini saya akan menjual pelbagai jenis benang kait. Saya akan menjualnya dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bayaran boleh dibuat menerusi kad kredit atau pun bank-in ke akaun bank-bank Malaysia.

Setiap pesanan akan dihantar dari Turki terus kepada anda. Selepas ini InshaAllah anda semua boleh menikmati benang-benang yang pelbagai untuk variasi seni mengait anda. Harga? Oh jangan risau, ada banyak jenis yang boleh dipilih, dan saya menjualnya dalam bentuk paket, misalnya satu paket ada 4, 8, 12 buku benang. Disebab itu harganya akan lebih murah berbanding jika membeli sebuku-sebuku. Contoh sebuku benang bulu biri-biri (100% wool) berharga RM18, tetapi jika membelinya sepeket (mengandungi 4/8/12 buku benang) harganya akan turun menjadi lebih kurang e.g: RM8/sebuku. Menarik bukan? Selepas ini anda juga boleh mengait mengikut jenis-jenis benang yang tertentu dan tidak lagi hanya bergantung kepada satu jenis benang iaitu Akrilik.

Saya akan maklumkan sebaik saja kedai benang online ini siap sepenuhnya! Tinggal sedikit saja lagi! Tunggu ya!

-Ayza

 

>> UPDATED: BENANGKAIT.COM

Alhamdulillah, kedai benang kait online sudah pun dibuka. Jom ke kedai benang kait online di www.benangkait.com!


Klik untuk ke laman web BenangKait.Com!
Terima kasih atas sokongan semua :)