Tag: belajar mengait topi baby’

Topi Kait Mickey Fare

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Ini adalah Topi Mickey Fare yang dikait dengan menggunakan benang kait Baby Soft.

Benangnya lembut, gebu dan sangat sesuai untuk dikait menggunakan 2 jarum (knitting). Topi ini saya kaitkan untuk anak seorang teman di sini yang baru melahirkan anak seminggu yang lepas.

Kepada anda yang berminat untuk mengait topi ini, boleh merujuk kepada tutorial ringkas yang saya sediakan di sini: http://ayzastudyo.com/?p=430 Ianya sangat mudah untuk dikait! Cubalah! :D

Benang ini boleh didapati di BenangKait.Com (untuk pembelian secara borong), atau boleh juga mendapatkannya dalam kuantiti yang kecil di Mengait.Com.

Click di sini untuk melihat benang jenis ini

Terdapat 6 jenis warna semuanya. Untuk sebarang pertanyaan untuk benang ini, boleh e-mel saya di ayzastudyo@gmail.com atau mengait@gmail.com.

Salam mengait dan salam hujung minggu buat semua!

promo@ ayzastudyo.com

Tutorial Membuat Topi Kait

 - by AyzaStudyo

Hari ini saya ingin berkongsi satu tutorial membuat topi kait untuk kanak-kanak. Saiz yang tunjukkan di dalam tutorial ini adalah untuk bayi 3 bulan – 12 bulan, bergantung kepada saiz bayi anda.

Keperluan untuk mengait topi kait Mickey Fare ini:

1. Sepasang jarum knitting / kait dua saiz 5mm

2. Sebuku benang yang bersesuaian.

3. Jarum kait satu saiz 4.omm

CARA MENGAIT

1. Cast On atau buat mata asas sebanyak 30 mata.

2. Baris pertama, K2 P2 – iaitu Knit 2 mata, Purl 2 mata, dan ulang sehingga habis sebaris.

3. Baris kedua, P2 K2 – Purl 2 mata, Knit 2 mata sehingga habis sebaris.

4. Ulangi Baris pertama dan kedua sehingga menjadi 3.5cm. Pattern ini membentuk ribbing.

5. Setelah mencapai 3.5 cm, di bahagian hadapan (the right side), Knit setiap mata sehingga habis sebaris.

6. Baris seterusnya, Purl setiap mata sehingga habis sebaris.

7. Ulangi Knit semula, dan baris seterusnya Purl. Ulang langkah ini sehingga panjang mencecah 22 cm.

8. Setelah mencapai 22 cm, di bahagian hadapan (the right side), K2 P2 semula seperti step No. 2.

9. Baris seterusnya, P2 K2 seperti step No. 3.

10. Ulangi sehingga menjadi 3.5cm dan kemudian Bind Off/matikan mata kaitan.

Step seterusnya, lipat dua dan cantumkan kiri dan kanan. Jika anda menggunakan jarum biasa, saya sarankan agar anda menggunakan teknik jahitan backstitch untuk kemasan tepi yang dicantum. Saya menggunakan jarum kait saiz 4.0mm.

Setelah dicantum kedua-dua bahagian, buat dua biji pompom.

Pasangkan pompom di kedua-dua bahagian hujung topi.

Yippie! Sudah siap satu topi Mickey Fare!

Untuk saiz yang lebih besar, tambah mata kaitan sewaktu membuat tapak asas/Cast On.

Mudah bukan? Selamat mencuba saya ucapkan buat semua knitter!

-preparation and pattern by AyzaStudyo.Com-

babyhat@ ayzastudyo.com