Category:Alatan Mengait’

Crochet Hooks Pouch Set

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Here’s a Crochet Hooks Pouch Set, in sweet pinky polkadot.. Ah, I just fall in love with its colour!

crochetset2Unopened Pouch..

 

crochetset1And.. tadaa!

Simple, tidy and sweet!

For Malaysians, it’s only RM30/set, free delivery from Turkey to Malaysia.
Do drop us an e-mail to mengait@gmail.com if you would like to order this item.

Thank you and have a great day ahead!

Best regards,
-Ayza Gursoy

 

Buku Belajar Mengait

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Kepada yang ingin belajar mengait jarum satu (crochet) atau mengait jarum dua (knitting), ini adalah antara buku yang sangat sesuai untuk anda miliki. Didalamnya tersedia penerangan yang jelas serta gambar-gambar berwarna mengajar langkah demi langkah. Sangat mudah difahami.

crochet_books

A to Z of Crochet: The Ultimate Guide for the Beginner to Advanced Crocheter

Price: RM95/each

* * *

knitting_books
A to Z of Knitting: The Ultimate Guide for the Beginner to Advanced Knitter

Price: RM95/each

* * *

Kepada anda yang berminat untuk belajar mengait (crochet atau knitting), boleh dapatkan buku ini di laman web www.mengait.com atau boleh e-mel ke mengait@gmail.com.

Terima kasih dan salam mengait!

Best regards,
-Ayza Gursoy

AddiClick Hooks :)

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

The day I went to Singapore (Monday) with my husband, kids & brother, I called my mum asking about my parcel. She told me the parcel arrived, oh Alhamdulillah. I really hoped that the parcel arrived within this week.

singapore-ayza

Trip to Singapore was great but I had limited time – as always – and perhaps can come again to visit there, InshaAllah.

addihooks_ayzaWeee! It’s Addi Click Hooks!

8 hooks in this set, and it’s multi-usage hooks!

tunisian simple stitchThis is called Tunisian Simple Stitch

I’ve done few new stitches using Tunisian crochet technique.
So many projects to do, so little time!

Best regards,
-Ayza Gursoy

Benang Berbulu?

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Seringkali saya ditanya menerusi e-mel tentang benang yang berbulu setelah dikait. Ada yang pada awalnya tidak berbulu, tetapi setelah dikait dan dibasuh berkali-kali, hasil kait tadi jadi berbulu. Tidak kurang juga yang memberitahu hasil kait menjadi berbulu setelah dipakai berkali-kali.

CARA PENJAGAAN

Sebenarnya, boleh dikatakan 90% benang akan berbulu – tetapi kadarnya berbeza. Maksudnya, ada jenis benang yang sangat berbulu, ada yang sederhana dan ada yang sangat kurang berbulu. Berbulu yang saya maksudkan adalah, permukaan hasil kait akan mengeluarkan bintil-bintil kecil dan menjadikan hasil kait tidak menarik, dan yang lebih menyedihkan, ia tampak buruk!

Kerana itu sebagai crocheter/knitter, kita perlu tahu cara penjagaan benang yang telah dikait. Ada jenis benang yang tidak boleh dibasuh dengan mesin cuci, dan boleh dikatakan adalah lebih baik semua hasil kait dicuci dengan tangan. Air pula tidak boleh menggunakan air panas, sebaiknya air pada suhu bilik atau air sejuk biasa, dicampur dengan sabun yang lembut seperti syampu bayi atau boleh juga menggunakan cecair pewangi seperti Downy. Hasil kait  tidak boleh diganyang dengan kasar, ini akan menjadikannya lebih cepat berbulu.

Begitu juga cara mengeringkannya, setelah dibasuh, jangan diperah. Sebaiknya hamparkan di atas sehelai tuala tebal dan kemudian gulung perlahan supaya air menyerap di dalam tuala tadi. Dan setelah itu barulah hasil kait tadi dihamparkan di atas tempat yang rata untuk dikeringkan. Ia tidak boleh dikeringkan terus di bawah matahari terik, sebaliknya di letakkan di bawah teduhan atau tempat yang beratap.

MASIH BERBULU?

Tidak semua di antara kita yang dapat menepati cara menjaga hasil kait seperti yang disyorkan. Oleh kerana itu ada di kalangan kita yang mengalami sweater kaitnya berbulu, atau topi/muffler berbulu dan sebagainya.

AyzaLintRemover

Kini anda boleh menggunakan LiNT REMOVER (seperti gambar di atas). Ia menggunakan 2 biji bateri AA Alkaline, dan di hadapannya ada pisau pemotong yang tertutup oleh penutup berlubang-lubang. Lint Remover ini berfungsi untuk memotong bintilan-bintilan benang dengan begitu mudah. Tekan butang ON dan kemudian lalukan Lint Remover ini perlahan-lahan di atas permukaan pakaian/fabrik yang mempunyai bintil-bintil tadi dan anda akan lihat pisau pemotong akan memotong bintilan-bintilan tadi. Habuk bintilan akan terkumpul di dalam ‘dust box’, dan anda boleh membuka ruangan ini untuk membuang habuk-habuk yang terkumpul.

AWAS

Sewaktu mesin ini sedang beroperasi, jangan buka penutup besi berlubang-lubang itu. Dan sila ambil perhatian bahawa mesin Lint Remover ini bukan mainan untuk kanak-kanak – jadi jauhkan dari jangkauan mereka. Sewaktu memotong bintilan benang, jangan tekan terus ke atas permukaan fabrik, sebaliknya jarakkan sedikit – cukup sekadar pemotong boleh memotong bintilan.

Setelah selesai menggunakannya, cabut bateri, buang habuk-habuk yang terkumpul di dalam ‘dust box’, dan bersihkan lubang-lubang pada penutup besi. Anda boleh juga buka penutup besi berlubang tadi untuk membersihkan pisau pemotong di dalamnya. Berhati-hati semasa membersihkan agar tangan tidak terluka.

Setelah dibersihkan, simpan di tempat yang kering. Saya telah menggunakan Lint Remover ini sejak tahun lepas dan dengan penjagaan yang betul, ia masih dalam keadaan yang baik sehingga hari ini.

MASALAH SELESAI! :D

Kini masalah benang berbulu setelah dikait dapat dikurangkan dengan adanya Lint Remover. Setiap peminat kraf mengait jarum satu atau jarum dua (crocheting & knitting) perlu memilikinya!

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Lint Remover ini dari BenangKait Online Store dan pesanan boleh dibuat di mengait@gmail.com.

Sehingga jumpa lagi, salam hormat dan salam mengait buat semua!

Best regards,
-Ayza Gursoy

lint-remover@ ayzastudyo.com

“Free Palestine & Syria” Crochet/Knitting Set

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Lets see what we have today!

Show your support for Palestine & Syria by crocheting/knitting any project
using these high quality Alize Diva Silk Effect yarns today! RM75/set, free delivery within Malaysia ?
To order, please do e-mail us at mengait@gmail.com.
*limited stock*
Happy knitting/crocheting everyone!

Best regards,
-Ayza Gursoy

Beginner Set for Knitting & Crocheting

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

1-week school holiday in Malaysia already started. It’s already 1.5 months I am here in my hometown, and am still waiting for my husband to complete his project(s) here. We’ll be back to Turkey anytime within next month, but still I am hoping I can spend longer time here.

Today is Monday, and I love Monday and I feel so energized every Monday and because of that I prepared this Beginner Set 1 for those who wants to start knitting/crocheting! And here it is! (I love ‘and’ too! :D )

It’s very simple and basic set but trust me these are what you need to start your knitting/crocheting hobby! Scissors, measure tape etc I think it’s easy for you to find it out at local craft store or you probably already have them.

So, for those who interested to have this beginner set, do e-mail us at mengait@Gmail.com or ayzastudyo@gmail.com or simply click on the picture and it will redirects you to our yarn store website Mengait.Com.

Alright that’s all for now, I have many things to do today. I wish you all have a great holiday and take care!

Best regards,
-Ayza Gursoy

Classic Yarn Spindle

 - by AyzaStudyo

Selam herkese! Lets see our new product in stock!

Tadaaaa!

This is a very basic drop spindle for beginners to start your spindling hobby! Very easy and simple to use.

Interested? E-mail us at mengait@gmail.com for details or visit our online store at www.mengait.com today!

Thank you everyone! Happy spindling!

Best regards,
-Ayza Gursoy
Denizli, Turkey

Benang Kait Alize

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Benang kait Alize Burcum Batik dan benang kait Nako Baby Lolipop

Benang kait Alize Sekerim Bebe Batik & benang kait Alize Sekerim Junior

Kepada yang berminat untuk mendapatkan benang-benang kait jenama Alize, boleh menulis kepada kami di mengait@gmail.com dan untuk pilihan warna, sila lawati laman web sosial kami di FaceBook.Com/Mengait ya!

Salam hujung minggu buat semua!

Best regards,
-Ayza Gursoy

 

Benang lagi! :D

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Apa khabar hari ini? Semoga semua pengunjung AyzaStudyo.Com berada dalam keadaan sihat dan ceria InshaAllah.

Ini adalah Autumn Beanie yang baru selesai di-crochet hari ini. Sesuai untuk saiz remaja/dewasa.

Untuk projek Autumn Beanie kali ini, saya menggunakan benang jenama Alize Superlana Klasik. Kandungan benang adalah 25% wool, 75% akrilik dan panjangnya adalah 280 meter, menggunakan jarum saiz 4.0mm.

Beberapa hari lepas saya keluar ke kedai benang, mencari benang-benang untuk projek-projek terbaru. Ini antara benang yang sempat saya pilih..

Jenis yang sama seperti benang di atas, dari jenama Alize – Superlana Klasik – warna plain

Ini untuk projek jaket Ertugrul dan Ismail, dari Alize Lana Gold. Kandungan benangnya adalah 50% virgin wool dan 50% akrilik, 240 meter panjang. Sesuai untuk musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi!

Dan ini pula adalah benang Nako Baby – Luks Minnos. Benangnya lembut sekali!

My little Ismail Zubeyr! :D

Benang sudah sedia, jarum sudah sedia. Sekarang waktu untuk meluang masa – mengait – mengait – dan mengait!

Oh ya, jangan lupa sertai laman sosial komuniti BenangKait/Mengait di www.FACEBOOK.com/Mengait! Jumpa anda di sana!

Salam mengait buat semua!

Regards,
-Ayza Gursoy
Bodrum/Turkey

Benang Kait Cotton

 - by AyzaStudyo

Sale benang kait Nomade Cotton di BenangKait.Com! Don’t miss it! :D

Deskripsi Benang Cotton Nomade ini adalah:-

  • Panjang benang: 125 meter
  • Berat: 50 gram
  • Jenis benang: 100% Cotton asli
  • Saiz jarum knitting (jarum kait dua) yang dicadangkan: 4mm

Tips: Bagi anda yang mempunyai projek untuk membuat baju, sweater atau apa saja, pastikan anda memesan dalam jumlah yang mencukupi! ;)

promo@ ayzastudyo.com

Benang Kait di Mengait.Com!

 - by AyzaStudyo

Selam herkese,

Apa khabar hari ini? Saya doakan semoga semua pengunjung AyzaStudyo.Com dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan ceria hari ini, InshaAllah.

Laman Web Mengait.Com – www.mengait.com

Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya telah mengemaskini laman web Mengait.Com dan kini anda semua boleh mendapatkan benang-benang kait dalam kuantiti yang dikehendaki – tidak kira hendak beli sebuku atau beberapa buku- di Mengait.Com.

Ramai yang bertanya kepada saya,

“Ayza, ada jual sebuku-sebuku tak?”

“Ayza, kalau beli sebuku-sebuku dan campur-campur warna, boleh tak?”

“Ayza, saya nak guna sebuku benang saja, boleh tak kalau tak beli satu lot di BenangKait.Com?”

“Ayza, saya nak campur-campur warna dalam satu paket, boleh?”

“Ayza, saya nak buat projek kecil je.. nak sangat benang ni, tapi boleh beli sikit-sikit tak?”

Dan banyak lagi soalan yang bertanyakan soalan tentang membeli benang dalam kuantiti yang sedikit.

Semasa pulang ke Malaysia tempohari, saya membawa banyak benang yang dikirim oleh beberapa kenalan termasuk pelanggan-pelanggan BenangKait.Com, dan benang-benang ini adalah bercampur-campur. Pada hari akhir saya di Melaka, masih ada pelanggan yang menghubungi saya bertanyakan benang-benang kait..

Di Mengait.Com, disediakan jenis-jenis benang yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas & lembap sepanjang tahun, dan kebanyakannya adalah jenis benang kait cotton, viscose, akrilik, ada yang campuran polyamide, nylon dan juga mikrofiber. Semua jenis benang kait ini adalah tidak panas, menyerap peluh dan sangat selesa untuk dipakai jika dikait sebagai pakaian dan aksesori.

Ada juga jenis-jenis benang fancy untuk digabungkan dalam projek-projek mengait disediakan.

“Ayza ada jual jarum kait tak?”

Ada. Akan saya masukkan ke laman web Mengait.Com dalam masa terdekat ini. Saya sudah mempunyai pembekal yang membekalkan jarum kait besi yang berwarna warni, jarum kait untuk mengait stoking (yang dipanggil DPNs – Double Pointed Needles), dan bebera jenis lagi yang bakal dimasukkan ke Mengait.Com

BEZA BENANGKAIT.COM DAN MENGAIT.COM

Di BenangKait.Com – anda boleh mendapatkan begitu banyak jenis benang kait, tidak kira jenis yang Wool, Cotton dan banyak jenis lagi. Benang kait di BenangKait.Com dijual secara borong dengan harga yang sangat rendah (biasanya benang-benang untuk kualiti yang sama dijual dengan harga yang tinggi), dan ia dijual secara bulk. Bagi yang ingin menjalankan perniagaan benang, boleh mendapatkannya di BenangKait.Com, atau bagi Crafters yang mengait dalam jumlah yang banyak seperti membuat baju kanak-kanak, kasut kait kanak-kanak dan apa sahaja aksesori, adalah sangat jimat untuk membeli benang kait di BenangKait.Com!

Di Mengait.Com – bagi anda yang ingin membuat projek-projek kecil seperti aksesori atau satu set pakaian baby, atau beg atau apa sahaja yang tidak memerlukan benang yang banyak, boleh mendapatkannya di sini. Di Mengait.Com benang-benang dijual secara berasingan, sebuku-sebuku dan warna boleh bercampur-campur. Di sini juga anda dapat berjimat kerana tidak perlu membeli satu-satu warna secara bulk. Anda juga bebas mencampurkan seberapa banyak warna, jenis benang dan boleh memesan jarum kait atau peralatan mengait dalam satu pesanan.

Semoga ini dapat membantu anda semua dalam proses mendapatkan keperluan untuk mengait atau apa-apa kraf yang berasaskan benang, dan KINI mempunyai DUA option, iaitu:-

1. Membeli benang kait secara borong di BenangKait.Com

2. Membeli benang kait dan peralatan mengait dalam jumlah yang kecil dan bercampur-campur warna di Mengait.Com

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan jenis benang, boleh terus menulis kepada saya di mengait@gmail.com atau ayzastudyo@gmail.com.

Salam Isnin buat semua!

Best regards,
-Ayza Gursoy

promo@ AyzaStudyo.Com

 

Welcome, benanggg!

 - by AyzaStudyo

Alhamdulillah, hari ini benang-benang seberat 12kg sudah tiba! Yippie! :D

Yarns and the pinkie terlik ;)

Note: Hari ini sebenarnya saya bersedih dengan apa yang berlaku di Jepun. Di TV, banyak siaran langsung dipaparkan tentang gempa bumi yang teruk berlaku di Jepun, disusuli tsunami yang menakutkan. Ya Allah, janganlah tugas harian kami mengakibatkan kami melupaiMu, ya Rabb..

Jumaat yang happy dengan projek yang siap, benang yang sudah tiba, but then hari ini juga adalah Jumaat yang penuh dengan kejadian. Semoga Allah melindungi kita semua.

Amin ya Rabb.

Salam hujung minggu buat semua pengunjung setia AyzaStudyo.Com!

catatanjumaat@ ayzastudyo.com

 

 

Kraf Benang Macrame

 - by AyzaStudyo

Selamlar,

Pagi ini saya ingin menulis tentang Macrame Cords atau Benang Macrame. Kraf menggunakan benang ini suatu waktu dahulu sangat popular, biasanya dijadikan tempat menggantung pokok hiasan dan bermacam aksesori. Cuba lihat video di bawah ini, bagaimana benang Macrame digunakan untuk membuat beg.

Atau dibuat hiasan dinding…

..malah pelbagai kraf boleh dibuat daripada benang Macrame ini. Di Turki, saya lihat banyak kraf digunakan dengan menggunakan benang Macrame. Kepada yang berminat untuk mencuba benang ini, di stor online BenangKait.Com ada menjual benang jenis ini. Click gambar untuk melihat benang Macrame.

Price Per Lot : RM19.31/0.400 kg.Each package
Category : Home PageOtherMacrame Cord
Weight : 100 gr. Ruffly. 400 gr. Each package
Length : 160 m. Ruffly. 640 m. Each package
Fiber Content : 100% Polyester

Oh sebelum terlewat, saya ingin mengucapkan Salam Tahun Baru 2011 buat semua pengunjung AyzaStudyo.Com! :D

promo-benang@ ayzastudyo.com

Benang Crochet

 - by AyzaStudyo

Boleh didapati di BenangKait.Com atau click gambar untuk direct melihat 56 jenis warna untuk benang crochet ini.

Detail tentang benang ini:

Price Per Lot :RM29.63/0.300 kg.Each package

Category :Home PageCrochet – NeedlepointTulip

Weight :50 gr. Ruffly. 300 gr. Each package

Length :250 m. Ruffly. 1500 m. Each package

Fiber Content :100% Microfiber

Needle Size :Hook: B1 2.5 mm (SAIZ JARUM)

Washing Insruction :Hand Wash at 30ºC / 86ºF, lay flat to dry.

Nota: Benang Crochet adalah benang halus yang digunakan menggunakan jarum kait satu, dan jenis di atas ini adalah sesuai digunakan untuk mengait doilies, alas meja dan renda.

promo-benang@ ayzastudyo.com


Benang Kait Satu/Crochet

 - by AyzaStudyo

Bagi anda yang berminat mengait jarum 1 atau crochet, kini BenangKait.Com menambah satu lagi produk untuk benang-benang crochet yang halus, sesuai untuk dikait sebagai alas meja, lace, bookmark dan sebagainya. Jom lihat contoh benang ini:


Description
Price Per Lot / Harga Per Lot :
RM29.34/0.300 kg.Each package
Category : Home Page > Crochet – Needlepoint > Tulip
Weight / Berat : 50 gr. Ruffly. 300 gr. Each package
Length / Panjang : 250 m. Ruffly. 1500 m. Each package
Fiber Content / Kandungan benang : 100% Microfiber
Needle Size / Saiz Jarum : Hook: B1 2.5 mm
Washing Insruction / Arahan cucian : Hand Wash at 30ºC / 86ºF, lay flat to dry.

Terdapat 59 warna pilihan..

Satu lot/pakej mengandungi 6 buku benang

Jom layari website BenangKait.Com hari ini atau click link untuk melihat jenis benang-benang kait crochet: http://benangkait.com/?cat=4370

Jika anda mempunyai persoalan tentang benang, e-mel saya di ayzastudyo@gmail.com atau mengait@gmail.com.

Terima kasih dan salam mengait buat semua!

promo-benangkait @ayzastudyo.com

Kait Topi Baby dan Boucle Yarns

 - by AyzaStudyo

Saya suka mengait topi yang saya namakan Mickey Fareh (Mickey Mouse) ini. Sebelum Ismail lahir, saya mengaitkan satu untuk Ertugrul, dan setelah melahirkan Ismail, saya mengaitkan untuk Ismail. Waktu ini usia Ismail lebih kurang 1 – 2 bulan.

Sebelum terbang ke Turki, saya menghabiskan beberapa stok benang unik yang saya ada untuk dijadikan hadiah. Seperti topi di bawah ini, saya kaitkan untuk little Jannah (my niece’s little girl), digayakan oleh Ismail yang ketika ini baru berusia 11 bulan lebih. Benang yang digunakan untuk topi ini adalah jenis Boucle dari jenama Nako.

Sangat mudah mengait topi jenis ini, anda hanya memerlukan kemahiran asas mengait jarum dua untuk menghasilkannya. Dan lagi, benang sangat memainkan peranan dalam sesuatu hasil projek.

Di BenangKait.Com ada menjual benang kait jenis boucle dan mempunyai banyak jenis pilihan.

Jenis Zerda Twist Boucle – terdapat 14 jenis warna
(Jenis ini sama jenisnya dengan benang yang saya kaitkan topi untuk Jannah)

Jenis soft boucle. Terdapat 32 pilihan warna.

Jenis Boucle Lase – terdapat 15 jenis warna.

Di bawah kategori Dudu Boucle – terdapat 6 jenis warna

Jenis Ringo Boucle – terdapat 16 jenis warna pilihan

Jangan pernah bimbang untuk mencuba benang-benang kait yang fancy, kerana setiap jenis benang akan menghasilkan impak yang berbeza dan menjadikan hasil kraftangan anda lebih unik!

Kesemua benang kait di atas boleh didapati di kedai benang kait online – BenangKait.Com.

Jika ada apa-apa persoalan berkenaan benang kait, boleh menulis kepada saya di ayzastudyo@gmail.com.

Selamat mencuba benang baru, dan salam mengait!

boucle yarns@ ayzastudyo.com

Note: Semua yang tersiar di blog ini adalah hak milik peribadi AyzaStudyo.Com dan bagi artikel atau maklumat luar, akan dinyatakan sumber maklumat itu diperolehi. Sebarang unsur plagiat maklumat dan idea adalah suatu agenda yang memalukan. Hentikan plagiat, berusahalah atas kreativiti anda sendiri! ;)

AyzaStudyo.Com Giveaway!

 - by AyzaStudyo

Selam semua,

Ini adalah kali pertama AyzaStudyo.Com akan menganjurkan satu giveaway – terbuka kepada semua crafters – dalam atau luar Malaysia!

Penyertaan terpilih akan memenangi Mixed Lots dari BenangKait.Com (kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh AyzaStudyo.Com). :D

Pemenang bakal memenangi:-

Pilihan A – Cotton Type  (mengandungi 18 buku benang), atau

Pilihan B – Campuran Pelbagai (mengandungi 18 buku benang), atau

Pilihan C – Viscose Type (mengandungi 12 buku benang)

Pemenang boleh memilih salah satu daripada 3 pilihan sama ada untuk memilih pilihan A, pilihan B atau pilihan C.

Syarat-syarat penyertaan adalah:-

1. Mesti mempunyai blog

2. Minat dengan kraf – tidak kira sama ada mengait, menjahit, atau apa saja jenis kraf

3. Menjadi rakan/member BenangKait.Com di FaceBook

4. Mempunyai link AyzaStudyo.Com atau BenangKait.Com di blog masing-masing

Alright, setelah semua di atas sudah memenuhi syarat, seterusnya anda dikehendaki:

1. Menulis satu entry tentang AyzaStudyo.Com dan BenangKait.Com (gabungkan keduanya di dalam 1 entry) – Tajuk mestilah bertulis: AYZASTUDYO.COM GIVEAWAY CONTEST!

2. Di akhir entry, sila beri 5 sebab mengapa anda layak dipilih sebagai penerima Giveaway ini

3. Dan yang terakhir – cipta slogan ringkas untuk BenangKait.Com

Mudah bukan?

Giveaway ini bermula dari 1 Oktober 2010 sehingga 8 NOVEMBER 2010. Bagi yang menyertai, sila tinggalkan komen di blog ini nama dan alamat blog anda, atau tinggalkan komen di facebook BenangKait.Com. (AyzaStudyo.Com dan BenangKait.Com berhak menukar kepada jenis Mixed Lots yang lain jika hadiah yang ditawarkan di atas kehabisan stok)

Sebaik tarikh tutup dimaklumkan kelak, entri terbaik akan dipilih dan pemenang akan diumumkan di website AyzaGursoy.Wordpress.Com dan AyzaStudyo.Com!

Good luck and have fun!

giveaway@ ayzastudyo.com

Crochet Cotton

 - by AyzaStudyo

Hari ini sebaik Ertugrul pulang dari sekolah, saya dan suami keluar sebentar untuk mencari benang yang dipesan Fizan. Syukurlah semuanya ada, dan saya pula mencari benang kait yang sedikit tebal untuk membuat kopiah. Saya sudah mencuba banyak jenis benang, dan kebanyakan dari jenis yang sangat halus – menggunakan jarum kait saiz 0.6mm (atau jarum Tulip no. 12).

Hari ini saya terjumpa benang DMC Tradition 10. Tinggal sebuku sahaja dan harganya 15TL (RM30) yang saya kira tidak munasabah. Tapi tak cuba bagaimana nak tahu, bukan? (Oh teringat ada bertimbun benang dalam kotak-kotak benang yang telah saya seal sebelum saya ke Turki tempohari… ;) )

Belum sempat mencuba sepenuhnya benang ini, kerana waktu pulang tadi terus singgah ke rumah mertua untuk makan malam. InshaAllah saya akan cuba cari waktu untuk mencuba benang baru ini.

Nota Ayza: Harus melabur untuk mempelajari sesuatu yang kita ingin tahu.. :)

cuba-benang@ ayzastudyo.com