Belajar Mengait

Belajar Mengait Jarum dua dan Jarum Satu : AyzaStudyo.Com
Di sini disenaraikan antara artikel dan tutorial yang telah saya sediakan di dalam blog ini untuk anda mempelajari seni mengait jarum dua dan juga jarum satu:

1) Pengalaman Awal – Bila Saya Mula Mengait?

2) Tutorial Video Belajar Mengait Jarum Dua 

3) Mana Lebih Mudah, Crochet atau Knitting?

4) Belajar Mengait Jarum Dua – Keperluan & Teknik Asas

Selamat mencuba dan salam mengait!
AyzaStudyo.Com

19 comments

  1. shima says:

    assalammualaikum
    ayza, kak shima nak tanya macam mana nak sambung granny square macam contoh diatas, tq,,, kak shima tau memang banyak teknik, tak pernah cuba..baru buat square2 je…

    tapi gambar kat atas sambungannya nampak cantik dan padat
    tq

  2. AyzaStudyo says:

    Alaykum selam Kak Shima,

    Saya guna teknik single crochet, Kak Shima boleh refer di sini cara cantumannya:

    Thanks for the compliments Kak Shima :) Selamat mencuba!

  3. ramziah says:

    Assalamualaikum warohmatullah Ayza…

    Apa khabar sejuk ??… cantik granny Ayza yg colourful tu.. Ayza buat apa ngn square granny ? cantik sangat.

  4. AyzaStudyo says:

    Alaykumselam warahmatullahi wabarakatuh Kak Ram sayang,

    Kami di sini Alhamdulillah, saya demam sikit Kak Ram. Masih sejuk di sini, pagi ada matahari panas sikit, petang hujan dan kemudian disusuli salji. Cuaca tak menentu. Kak Ram macam mana, sihat tak? Ini saya buatkan Mak beg utk simpan Al Qur’an Kak Ram, masa Mak datang sini last year.

    Alah Kak Ram tu kalau memuji.. saya bilalah dapat tengok hasil tangan Kak Ram, mesti lagi cantik!

    *hugs*

  5. Umie says:

    akum..kak ayza.

    saya baru belajar buat knitting.saya nak cuba buat topi (hat) untuk anak saya.saya beli jarum 3.5mm dan benang 40g.tapi saya tak tau macam mana nak sambung untuk jadikan cast on tu bulat.dalam video yg saya tengok jarumnya pendek dan ada diikat dawai. tapi jarum saya panjang dan ada penutup di hujungnya.

  6. AyzaStudyo says:

    Alaykum selam Umie,

    Jarum knitting ada 3 jenis. Satu dipanggil straight knitting needle – iaitu sepasang jarum lurus, panjang, di satu bahagiannya tajam/tirus dan di belakangnya ada penghalang/penutup. Jenis kedua adalah circular needle – ia adalah sepasang jarum yang bercantum dengan seutas tali/wire/cord. Ia sama fungsi seperti jenis pertama tadi, tetapi boleh diguna untuk mengait bentuk tubular/bulat. Contohnya untuk projek topi yang Umie ingin kait. Jenis ketiga adalah DPNs atau double pointed needles. Ia terdiri daripada 5 batang jarum pendek (ada yg panjang tetapi selalunya dijual pendek) dan kedua-dua hujungnya tajam/runcing. Tidak ada penutup di hujungnya. Ia digunakan untuk mengait bentuk tubular, contoh hendak buat tangan baju, stoking dan topi saiz kecil.

    Jadi, untuk ikut pattern yang sama, Umie perlu ada jarum circular needle. Atau cuba cari pattern yang bersesuaian dengan jarum yang Umie ada sekarang. Ada banyak jenis topi yang boleh dikait dengan jarum lurus/ straight needle.

    Semoga ini membantu, dan jika ada apa-apa boleh e-mel Kak Ayza di mengait@gmail.com.

    Terima kasih dan salam mengait!

  7. haslinda says:

    Assalamualaiku….selamat berkenalan…saya juga minat mengait..Alhamdulillah nasib baik saya jumpa website nie..boleh juga saya belajar cara2 mengait..sebelum nie saya pernah cuba mengait doily…doily tu menjadi..cuma mcm mengecut sikit..adakah saya mengait tu terlalu ketat..dengan ade website nie boleh la saya belajar dgn Ayza…

  8. syahirah says:

    assalamualaikum. salam perkenalan.sy ni tetibe je rs nk berkecimpung dlm bidang ni.actly masa kecik dlu mama ada ajar knit n crochet.tp sekejap je.skrg ni sy nak start.i’m zero.tak tau ape2.jd ape nasihat akak perkara pertama yg harus sy buat.utk memula skali kne watpe.harap akak dpt membantu.tq.

  9. AyzaStudyo says:

    Alaykumselam Haslinda,

    Selamat datang ke AyzaStudyo.Com!

    Ianya biasa jika doily yg kita kait sedikit mengecut, adakala disebabkan benang itu sendiri. Biasanya selepas dikait, ianya akan dicuci dengan sabun lembut dan kemudian kita ‘block’ hasil kait tadi utk mendapat ukuran yang sebenar dan biarkan ia kering sebelun digunakan.

  10. haslinda says:

    w’salam Ayza…saya nak tanye lagi ape maksud baris 1 : ch 3, 1 dc sampai ujung ch, isi 10 dc pada ch 1(ujung), isi 9 dc di ch 50, matikan.

    yang saya faham buat chain 3, pas tu buat double chain sampai ujung chain tadi…yang saya x faham isi 10 dc pada ch 1(ujung)..pas tu isi 9 dc di ch 50..cam mana tu..sebenarnye aya nak buat tapak pada bag…

  11. AyzaStudyo says:

    Selam Haslinda,

    Baris 1: Ch 3, 1 dc sampai hujung Ch
    Maksudnya: Buat 3 chain, dan selepas tu buat 1 Double Crochet sehingga hujung Chain.

    (sambung) isi 10 dc pada ch 1 (ujung), isi 9 dc di ch 50, matikan
    Maksudnya boleh saya ertikan: Selepas buat 1 dc sehingga hujung chain tadi, di hujung sekali buat 10 Double Crochet dalam 1 chain (maknanya buat 10 dc dlm satu lubang ch). Setelah itu buat lagi 9 Double Crochet pada chain ke 50.

    Apa pun, saya tidak tahu instruction penuh untuk pattern yang Haslinda tanyakan ini, jika ada instruction yang lengkap, jadi lebih mudah difahamkan dan dihuraikan. :)

  12. haslinda says:

    salam Ayza..nanti saya uploadkan ye….harap2 dpt la saya buat beg nie..apa2 pun terima kasih atas keterangan diatas…

  13. Umie says:

    Kak..saya tk tau mcm mana pengiraan utk buat topi crochet.cth: ukuran lilit kepala 14″.umur 2 bln.mcm mana saya nk mulakn.brapa ch nk buat mula2.blh tk kak bg cth pengiraannya.tq.

  14. Ela says:

    Assalam kak ayza,
    Suka lah dengan hasil seni tgn kakak.. Sungguh kemas dan teliti.. Kakak juga tidak kedekut ilmu.. Semoga sentiasa gembira dan sihat selalu .. Slm perkenalan dari saya ????

Leave a Reply