Hari ini beberapa pesanan benang-benang kait telah pun tiba ke tangan-tangan pelanggan. Syukurlah kepada Allah, saya berterima kasih kepada semua untuk sokongan yang diberi. *hugs*
Oh sebelum itu, beberapa hari lepas saya melihat Cardigan Untuk Aleeya di laman web Puan Fizan. Teruja melihat hasil kerja Puan Fizan. Di sekeliling tangan dan hujung baju Puan Fizan telah hiasi dengan crochet lace yang menjadikan cardigan ini lebih menawan. Beliau sangat berbakat!
Cardigan Untuk Aleeya (by Puan Fizan)
Diselangseli dengan manik/sequin kecil-kecil, cantik bukan?
Ini adalah antara ratusan benang yang dijual di stor BenangKait.Com (Sila klik untuk melihat jenis-jenis benang). E-mel saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan benang.
Salam Mengait!
-Ayza
20010, Turkey





Benang sequins ini mmg menjimatkan. Utk dapatkan cardigan utk kanak2 berusia 7thn ini sy memerlukan hanya 1 buku + suku dari 1 buku yg lain. mmg berbaloi.
Fizan, thanks a lot for the compliment!