Selam herkese,
Apa khabar? Semoga anda – pembaca dan pengunjung blog AyzaStudyo.Com berada dalam keadaan sihat, InshaAllah.
Di sini cuti sekolah sudah pun bermula. Bukan cuti CNY tetapi cuti semester, sementelah cuaca sekarang sangat sejuk dan beberapa hari ini salji turun setiap hari diselangi dengan hujan lebat.
Beberapa hari lepas suhu jatuh mendadak di Denizli. Suhu waktu malam yang biasanya negatif 6 darjah celcius, jatuh sehingga negatif 10 – 17 darjah celcius. Menurut ibu mertua dan suami saya, ini jarang sekali berlaku di Denizli. Berbanding di berapa tempat yang memang sejuk seperti Erzurum yang suhu harian adalah negatif 10 – 18 darjah celcius manakala malam mencecah lebih negatif 25 darjah.
Oh Allah, saya beku di sini!
PELANGGAN = SAHABAT
Saya ingin menulis sedikit tentang pelanggan-pelanggan saya. Pelanggan datang dan pelanggan pergi, ada juga sekadar berkunjung, bertanya tentang benang dan jarum. Saya selalu menerima lambakan e-mel yang banyak, bertanya tentang cara mengait, bertanya tentang benang, tentang jarum, tentang cara pesanan dan pelbagai.
Dalam ramai-ramai pelanggan, tidak kurang daripada mereka ini yang sangat tulus. Mereka ini adalah pelanggan yang berbudi bahasa, mesra, telus dalam transaksi, sangat bertimbang rasa apabila ada waktu saya terlepas pandang atau terlewat membalas e-mel atau persoalan mereka. Pendek kata, mereka yang saya sebutkan di sini adalah pelanggan yang sangat memahami keadaan dan bertindak rasional sebagai pelanggan.
Saya sendirian di sini. Tiada komuniti Melayu/Malaysian/Indonesian/Asian di kawasan saya. Hanya keluarga kecil kami yang boleh berbahasa Melayu di sini, dan inilah komuniti se’bahasa’ saya. Selebihnya saya bercampur dengan komuniti bangsa Turki, terdiri daripada keluarga dan saudara mara, jiran-jiran, pembekal-pembekal benang, beberapa tenaga pengajar bahasa dan tekstil serta beberapa kelompok wanita Turki yang suka mengait di sini.
Dalam ‘kepekatan’ bangsa Turki di sini, saya selalu menerima e-mel dari pelanggan-pelanggan yang tulus ini, bertanya khabar dan berkongsi cerita dengan saya. Ada yang sangat mengambil berat, ada yang berkongsi pengalaman tinggal di negara luar, ada yang bercerita tentang hobi mengait dan berkongsi ilmu dengan saya – Allahim! Saya rasa sangat terhibur, dan betapa pelanggan-pelanggan ini bagai sahabat rasanya. Ada yang mengadu susah-payah mereka memulakan bisnes mengait, ada yang memberitahu betapa gembiranya mereka apabila bisnes mengait yang diusahakan mendapat sambutan dan pelbagai cerita lagi.
Allahim.
Saya rasa gembira, dan berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telus lagi tulus ini. Terasa seolah-olah mereka ini ada di sekitar saya dan menjadikan saya tidak merasa asing atau sendirian tanpa komuniti Malaysian di bumi Turki ini.
PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pelanggan serta pengunjung/peminat AyzaStudyo.Com/BenangKait.Com/Mengait.Com atas kesudian anda semua memeriahkan hari-hari yang saya lalui. Segala sokongan dan perkongsian dari kalian semua sangat saya hargai.
Terima kasih semua!
Allah’a emanet olun!
Allah razi olsun!
Best regards,
-Ayza Gursoy
20020 Denizli, Turkey
celoteh-ahad@ ayzastudyo.com
Sayang anak Mama!
Mama sayang Ismail!








Mmmm tak tahan nak mengaiT!
Bebe Batik Burcum daripada ALiZE
Bebe Batik Sekerim daripada ALiZE
Batik Design Diva – Silk Effect daripada ALiZE
Bebe Batik Burcum & Burcum Batik daripada ALiZE



